Friday, 6 June 2014

dikala manusia lain sedia  untuk meneruskan,
saat itu aku berharap penuh harapan,
dan juga penuh kesedian,
untuk tidak mengulangi kesilapan,
masih antara dua,
ulangan atau  keterusan.

itu adalah tabiat yang patut diubah!
sebaiknya hasil  bagai dua,
walau ia satu,

Aku boleh!
hadiah buat dua buah hati tercinta,
ibu ayah,
maafkan anakanda.

Thursday, 5 June 2014

setengah manusia merendah diri,
kerana rasa kurangnya diri,
setengahnya pula merendah diri,
agar hulur dicapai,
hulur rohani tentu sekali,
itu dia hasrat hati,
hanya yang berjiwa akan mengenali,
betapa sakitnya sakitan diri.
penyakit ini,
mengikis segala cita,!

Saturday, 31 May 2014

bangsaku bangsa basyari!

bangsa itu,

kadang diuji kemewahan,
kadang diuji dengan ketiadaan,
kadang diuji dengan teman,
kadang diuji dengan saat keseorangan,

bangsa itu,

kadang dia mensyukuri dengan  perolehan,
kadang dia mensyukuri dengan kekurangan,

bangsa itu ,
kadang dia peroleh dosa saat bersendirian,
kadang dia peroleh ganjaran saat kesunyian,

bangsa itu,

dia ikhlas setelah dikurniakan nikmat,
kadang dia jauh dari rahmat,
saat dia tidak menghargai nikmat,

bangsa itu,
kadang dia temui  hikmat setelah melalui azab,
kadang dia terima laknat setelah dia bangga dengan hikmat,

bangsa itu,

tiada pendirian tetap,
kerana singgahan iman sentiasa berkocak,
singgahan itu tidak ditetap,
singgahan yang sentiasa diragut duniawi,
dia singgahan , segumpal hati maknawi.

bangsa itu.

ketiadaan adalah nikmat,
nikmat yang maknawi,
kewujudan ada nikmat duniawi,
nikmat yang mungkin diresapi,
setitik maknawi,
dan terkadang ia ditilik ilmuan hakiki.

bangsa itu,
bangsa basyari!

*bangsa ini terlepas dari taklifi,
sudah tentu buat mereka syurgawi,
tertitip sejak azali,
jauh disana lauh mahfuzi.





Wednesday, 28 May 2014

sangka sang jahil

sangka sang jahil2805142202

cita murni itu mungkin tersangkut,
seandai balas lakumu,
menyampaikan sebuah maksud,
terangilah,
agar hilang segala prasangka,

atau sebagai ujian,
buat yang uji kekentalan,
tabah hati,
dan sejauh kesungguhan,

atau uji tuhan,
kejauhan benarnya rintihan,
atau sekadar mainan,

atau ia sebagai liku jalanan,
yang bakal dipandang nanti,
sungguh keindahan sebuah perjalanan,
muncul dari sebuah kepahitan,

sungguh cahaya indah itu ,
amat sukar ditemui,
dalam kegelapan  manusia,
fitrah yang sukar,
pahit adalah sapaan,
sebelum terukir sebuah senyuman,
senyuman kebahagian ,

kadang menyuluhi azam ini,
kadang meluntur usaha ini,
sukar ditentukan,
sungguh!,
sungguh!,
sungguh!,
ia menguji tawakkal kepada tuhan,

bercahayalah,
bercahayalah,
dalam harapan murni ini,
tidak pernah sebelum kebangkitan ini,
usah gugurkan usaha suci ini,
sungguh aku merintih penuh,
bagai hamba yang dijatuh hukuman,
memohon sebuah ampunan,

terangilah bersama daku,
menyuluh kegelapan duniaku,

seandai firman tuhan,
buat junjungan,
katakan,
seandai benar- benar ,
tuhan dalam gumpalan(hati),
ikutkan daku,
nescaya kasih tuhan buatmu,


cukuplah bagiku,
seandai aku yang turutkan,
dikau sebagai suluhan ,
menuju jalanan tuhan,
menggembirakan  "dua" buah hatiku,
menghilangkan segala ketakutan mereka,
memberi sedikit bahagia,
sebagai sebuah rahmat.
dari tuhan Yang Maha Pemurah.




Tuesday, 27 May 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
ilmu

duhai teman.
dengarkan pesanan
 awal kutipan ,
10 titipan,
sempurna fahaman,
cukup keperluan,


10 titipan buat permulaan
haddu (الحد)  itu satu definasi  mula kutipan

maudu( الموضوع ) itu pula tajuk kenalan

kelebihan itu dikenal samarah  ( الثمرة ) ilmuan

terus titipan
nama dan tempat ambilan
dikenal ia dengan nisbah (النسبة ) cakapan,

kuat amalan ,
bila tahu kelebihan ( الفضل) ,
itu lah dia ,
ke-enam titipan,

tahu kamu,
akan siapa ciptaan ( الواضع )
.
ketujuh titipan
nama panggilan (الاسم )

delapan titipan,
kenal dari ambilan  ( الاستمداد) ,
moga tahu asal usul ilmuan.

maka teruslah titipan,
yang kesembilan  ia datang,
dengan tahu hukum syariatan  (حكم الشارع ),


habis ia dengan akhiran,
iaitu permasalahan  (مسائل ),

qaul ini aku petikan,
agar diri sentiasa diingatkan,
buat bekal jauh jalanan,
dari kecil harapan ,
moga kekal tulisan,
walau bercerai badan,
moga ia satu amalan,
tak putus terus berpanjangan,


kata empunya qalam,
tahu akan 10 ini titipan,
cukup ia dalam ini bahagian,

seru kemulian dan keberkatan,
hasil hadam kesemua titipan,
semoga manfaat dalam jalanan,
menuju kebahagian,
kebahagian yang kekal di alam kemudian.

ag, 28052014, 0021
adaptasi kuliah TNG ridhauddin abd wahab.
kata guru, seandai tak ikut laluan,
bagai pencuri alam,
kita ambil pintu belakang. :)

إن مبادئ كل علـم عشـرة             الحدّ والموضـوع ثـم الثمـر

ونسبـة و فضلـه والـواضـع         والاسم الاستمداد حكم الشارع

مسائل والبعض بالبعض اكتفى     ومن درى الجميع حـاز الشرفا

Saturday, 24 May 2014

"Aku berlindung dengan Nama Allah dari segalala kejahatan syaitan yang direjam,aku berlindung dari segala kejahatan lidah dan laku"
Kata itu, 
Adakah mereka lihat ia sekadar kata,
Tersusun rapi bagai bata,
Yang tak punya makna,
Hanya buat indah halwa,
Atau,
Ia adalah jeritan pinta,
natijah dari luka,
Bagai si nazak, 
Yang meminta-minta,
Memohon dikurangkan siksa,

Mereka,
Sekadar melihat dengan mata,
Atau sekadar,
Melepaskan kerja,
Atau sekadar,
Menampakkan "aku insan paling mulia",
Atau,
"Argh biarkan ia sahaja"
"Ia tak punya erti buat kita"

Oh aku lupa,
Mereka juga insan biasa,
Tidak punya mukjizat seperti musa,
Tidak maksum bagai nabi kita,
Punya batasan cita,
Punya ketentuan dalam catatan Dia

Kita ,
Seharusnya bersua,
Luah segala siksa,
Capai segala kata,
Bantu sesama kita,
Tinggalkan segala dusta,
Agar capai bahagia,

Bahagia hingga dunia tiada erti kata!
Hingga capai segala cita,
Musuh pasti derita!

Ag,0035,24052014.


tafsiran frasa :

(kata itu)
merujuk kepada puisi atau luahan seseorang yang ingin disampaikan kepada individu/ sekelompok manusia,ini kerana setiap puisi yang terbina adalah keluhan atau harapan seseorang  yang ingin  disampaikan yang mempunyai gharad atau tujuan tertentu hasil dari rintihan dan perasaan hatinya.


(Adakah mereka lihat ia sekadar kata,)
(Tersusun rapi bagai bata,)
(Yang tak punya makna,)

menyoalkan/menyindir  kepada  individu/kelompok   yang penulis puisi tersebut ingin targetkan, adakah mereka melihat puisi itu adalah semata-mata kata yang tiada makna dan tiada maksud. adakah mereka melihat sekadar kata -kata yang disusun rapi agar kelihatan cantik dilihat tulisannya.
sedang setiap puisi itu mempunyai hasrat dan tujuan serta rohnya yang tersingkap disebalik, mesti orang kebanyakan akan menyatakan: " kenapa tidak dinyatakan terus tujuan-tujuan tersebut? , kenapa harus berkias- kiasan? ketahui duhai teman , setiap insan dilahirkan dengan pelbagai ragam, pelbagai ragam, pelbagai sifat dan perangai, pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku, emosi , suasanan, keyakinan, kehidupan sebelum, dan sifat semula jadi anugerah atau ujian kurniaan terhadap seseorang.



(Hanya buat indah halwa,)

kesinambungan frasa  sebelumnya,  adakah sebuah puisi itu sekadar disusun dan dan dititipkan dibibir agar ia  indah didengar sahaja.

(Atau,
Ia adalah jeritan pinta,)

frasa ini  ingin memberi pilihan jawapan, yang bermaksud, puisi ini adalah keluhan/harapan { "jeritan pinta" ini bermaksud  jeritan permintaan}

(natijah dari luka,
Bagai si nazak, 
Yang meminta-minta,
Memohon dikurangkan siksa,)

jeritan permintaan itu disebabkan "luka'  atau kesakitan dan pederitaan yang dihadapinya."bagai si nazak ini adalah analoginya, kerana apabila sesorang kesakitan atau menderita yang bersangtan pasti ia meminta- minta pertolongan sepertimana  orang yang nazak dalam kesakitan yang teramat sangat  meminta -minta diringankan beban kesakitan itu.



...........

(Mereka,)
golongan/individu yang ditujukan/disindirkan.

(Sekadar melihat dengan mata,)
menyoalkan adakah golongan ini apabila mencapai rintihan itu, mereka membiarkan sahaja perkara itu terus berlalu.


(Atau sekadar,
Melepaskan kerja,)

atau mereka ini menolong penderita/orang yang memerlukan pertolongan tersebut tetapi sekadar melepaskan tugasnya sebagai orang yang sepatutnya menolong.

(Atau sekadar,
Menampakkan "aku insan paling mulia",)

atau mereka yang menolong ini pula, hanya menolong sekadar  menampakkan dialah orang terbaik"mulia"  kerana menolong orang yang menderita tersebut.

(Atau,
"Argh biarkan ia sahaja"
"Ia tak punya erti buat kita")

atau golongan ketiga ini, yang mengatakan "argh biarkan ia sahaja, ia tak punya erti buat kita" bermaksud, biarkan mereka {yakni golongan yang menderita dan bermasalah ini}  kerana "ia tak punya erti buat kita" kerana mereka tiada apa-apa faedah atau kepentingan pon kepada kita.


(Oh aku lupa,
Mereka juga insan biasa,)

frasa ini mengingatkan kembali disamping (mengekalkan kritikan)  terhadap "mereka-yakni golongan  yang sepatutnya membantu golongan  yang menderita/masalah" bahawa  mereka ini juga hanya insan biasa sepertimana jiwa -jiwa manusia yang lain.

(Tidak punya mukjizat seperti musa,
Tidak maksum bagai nabi kita,)

mereka ini juga bukanlah seperti para aulia yang Allah kurniakan pelbagai kelebihan terutamanya kesabaran, iman yang tinggi dan juga kebijaksaan, dan mereka juga tidak lari dari melakukan khilaf dan kesilapan tidak sepertimana junjungan besar baginda  kita nabi محمد صلى الله عليه وسلم .


(Punya batasan cita,)

mereka juga mempunyai kebolehan yaang terbatas, atau apa yang mereka "cita" inginkan capaikan juga terbatas.

(Punya ketentuan dalam catatan Dia)

merek juga  punya jalaanan yang telah tersembat indah dalam "catatan dia"- lauh mahfuz.


(Kita ,)
merujuk kepada kedua-dua golongan 
 
(Seharusnya bersua,)

mereka (kedua-dua golongan ) seharusnya berdepan, mencari penyelesaian, 

(Luah segala siksa,)

penderita seharusnya meluahkan segala siksa/ penderitaan,

(Capai segala kata,)
agar mencapai segala"kata" yakni apa yang dicanang-canangkan.

(Bantu sesama kita,)
supaya dapat membantu sesama kita,

(Tinggalkan segala dusta,
Agar capai bahagia,)

(Bahagia hingga dunia tiada erti kata!
Hingga capai segala cita,
Musuh pasti derita!)



Monday, 19 May 2014

awangan ini adalah duniaku!,
buat curahkan segala kandungan,
mencurah isi keseluruh pelusuk bumi,
tanpa perlu pintaan!
biarkan ia bebas mengalir,
membuang segala beban dilangit.


delete.... :) akan digabungkan, bila dah sedia.
begitu tenang hati saat melayan mata dengan karenah ikan peliharaan aku ini, tapi belum mampu memadam kegelisahan, dan kegusaran hati kecil ini, terlalu banyak  perkara yang difikirkan.

saat ini, hati ini, bagaikan seorang pemuda yang kesedihan ditengah padang  pasir tanpa ada hidupan lain,
mungkin terlalu melayan perasaan,atau mungkin dahaganya aku seorang murabbi, yang sering menasihat, dan menghargai  jiwa aku ini,

hati terlalu sunyi, sunyi ini kedua-duanya, sunyi aku dari  dampingan kasih sayang dan luahan, sunyi juga dari ilmu dan iman.

kesunyian ini terlalu menganggu fikiran jiwa diriku,

terkadang, saat meletakkan kepala di bantal,  air mata  panas mengcengkam pipi, saat itu hati kerdil ini mula menadah tangan memohon keampuan, memohon hajat.

aku terlalu lemah menanggung ujian ini, ya Allah,  aku terlalu lemah ya Allah,saat tulisan ini diloretkan ,korban jernih air mata aku ni bersama butiran kesedihan  bagai pasir di pantai,

memikir dosa, buruknya wajah aku, apapon wajah aku, ia tetap wajah jasad kecil ini,

adakah salah cinta manusia ku ini, aku  jatuh  hati terhadap manusia , namun dosa , kekurangan ilmu, harta sering  membunuh hasrat murni, terlalu malu berhadapan manusia hebat sekeliling aku,

 aku masih  bersama topeng aku, bersama topeng kegembiraan,  bersama topeng keilmuan,

ya 'alim, Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui keadaan hamba Mu ini,
Sungguh Engkau yang Maha  Bijaksana,

aku bukanlah orang yang pandai  menjaga hati-hati manusia lain, maka natijah itu mana adalah  hati yang menjagai aku,

 aku terlalu mudah lupa diri, terlalu ego walaupon terpahat di hati ini, aku tidak lain bagai tin yang  kosong,
aku terlalu menagih  simpati manusia, terlalu berharap kasih sayang manusia.

aku  hanya manusia biasa yang juga menagih cinta manusia, 

aku juga memikir , 08:39pm  17mei2014

"Ya Allah Engkau telah menjadikan  makhluk disekeliling ku penuh ketenangan dan rahmah, maka dengan rahmatMu, Kau hiasilah ketenangan dalam jiwa kerdil hambaMu ini"


Saturday, 17 May 2014

aku hanya insan biasa yang menagih cinta manusia, 
demi cinta yang Esa!

Engkau Maha mengatahui,
lagi Maha Bijaksana.

Friday, 9 May 2014

aku mungkin tak laksanakan semua tugas dengan baik, 

saat tergendala seketika,
aku harap ada tangan yang menyapa,
dengan bantuan kefahaman terhadap ku,
maka aku terpinga seketika ,
saat tugas jauh ditinggal,
tekad sangat nak lancar kerja,
mungkin silap diri yang kurang semangat,
terlalu manja terhadap ujian,
maafkan
atas kemanjaan,
ku pinta pandangi daku ,
duhai insan,
bersama ihsan,
pimpini daku ke jalan kebahgaian semula,
lambaikan daku ke lambaian bahagia,

mungkin ada yang kata,
"itu tak sepatutnya"
maka ketahuilah ,
aku tidaklah siapa,
melainkan hamba yang bertatih dalam gelita,
masih buta dalam jalanan setia,

yakin ku bukanlah petanda,
kuatnya pegangan,
senyumku bukanlah bahagia,
gelak ku hanya tabiat senda.

#kearah membina.

sahutkan daku,
aku malu

ag2014mei

Tuesday, 6 May 2014

Teguran

 Kadang teguran datang berperistiwa,
   Datang ia tidaklah sentiasa,
Maka catatan pengingat jua,
   Sehingga senantiasa di pancaindera,
Buat ingat yang alpa,
   Buat yang masih muda,
Menuju jalanan tua,
   Buat yang tua,
Menuju jalanan bahagia,
   Buat yang bahagia,
Menuju jalanan kekal ia,
   buat menuju jalanan,

ketemu Rabb kita.

#ag,gombak,06052014, 1728.

Tuesday, 22 April 2014

Apa mereka fikir golongan kami  tidak mahukan  apa mereka punya?
Mereka kata,
Kami tak pandai urus masa,
Mereka kata ,
Kami tak pandai menolak,
Mereka kata ,
Kami tak punya apa-apa,

Mereka lupa,
Kami terpaksa korban masa,
Mereka lupa,
Kami terima kerana tolakan mereka,
Mereka lupa,
Kami juga punya cita-cita!!

Disaat  mereka peroleh cita,
Kami senyum dalam luka,


Wednesday, 16 April 2014

Al - ilah,
Terbelah ia tiga bahagian,
Dari maududi ku petik untaian,
Alaha,
Yalahu,
Ilahatan,
Memancar gambaran,
Erti sebuah serahan jua jaminan,
Tiada ia sunyi sahaja,
Sua jua syaratnya ia,

Maka Al -ilah itu ertian Al -ma'bud,
Bersama ia,
Pelindung,
Jua jaminan maknanya.

Dileraikan ikatan dalam,
Adapun pendorong kita berta'lluh,
Ia punya desakan yang teguh.

Adapun bahasa manusia,
Menjulang tinggi penjasa,
Penjasa yang gagah perkasa,

Adakah ia hanya sembahan lewa,
Buat tolongan desakan jiwa,
Kerna dia gagah perkasa,

Kerna itu,
Ma'bud dililit ia,
Pelindung rinduan jua,
Memutar renit ertian keagungan,

Manusia,
Dibelit rindu dan penuh harapan,
Kearah sebuah keyakinan,
Kesanggupan,
Jua keinginan,
Yang bisa Kau penuhi,
Engkau bisa membela dan menyelamatkan,
Dikala derita menerkam,
Dikala musibah mencengkam,
Dikala gundah ketulan,

Engkau Maha Sempurna duhai Tuhan,

Maka itu timbul pintalan,
Sembahan kita buat tuhan,
Kerna keinginan yang bisa dipenuhkan,
Jua lindungan disaat ancaman,
Penenang disaat hati gelendangan,


Allahu Akbar,

Kau punya mutlak kekuasaan,
Tiada tara keagungan,
Sudah pasti tiada tandingan,

Al-ilah,
Al-ma'bud.

Abdul Ghani,
Gombak, 0940 17042014,
Adaptasi al maududi.



  بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
   Sedikit perkongsian buat pengunjung yang dirahmati, lepas maghrib hari ni menyambung kebiasaan membaca al-quran, sambung baca surah al mu'minun,  di dua muka surat yang terakhir, cuma, apa yang nak dikongsikan adalah, ayat 97 dan 98 dalam surah al mu'minun ini adalah doa sebelum kita mengankat takbir, iaitu doa bagi menghilang was -was dan gangguan syaitan.

 Ini ayatnya
وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ 
٩٧ 
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ ﴿
٩٨ 
Maknanya boleh tengok tafsir sendiri ye..
Syukran, semoga bermanfaat. 

Friday, 11 April 2014

Musafir perjuangan di PANCING.

Duhai akar perpisahan,
Liat jalarmu,
Kerna masih belum puas,
 Untuk meratapi jalinan ini,
 Jalinan kebahgian,
 Jalinan yang ditunasi ,
kasih sayang,
Disemai baja kecintaan,
 Di lingkar kemas ikatan persaudaraan,
 Di pagar megah aqidah dan perjuangan,

Tersenyum awan indah dikala petang,
Cuba mengisyaratkan sebuah qalam,
 "itu adalah nikmat perjuangan"

saat itu terpaku kemas di batu Pancing-an,
Menjadi utaian erti sebuah jalinan,
Jalinan bekalan buat ketemu Tuhan,
Tuntas jadi sebuah amalan,
Buat berat timbangan,
 dengan RahmatMu duhai Tuhan.


#lokasi kem pancing, kuantan.

Thursday, 10 April 2014

setitik tumpahan,
memberi gambaran,
sang diri ,
penuh pertanyaan.


kecil dia
penuh rintangan,

tangis dia,
penuh kesunyian,

kecil badan dalam samaran,
nano dia dalam tuntutan,
fakir dia dalam kekayaan,
cetek dia dengan ingatan,
kontang dia dengan pengetahuan,
fakir dia dalam keikhlasan,
miskin dia dalam kelakuan,

dia masih di jalanan

ag,10/4/2014 2023



Wednesday, 9 April 2014

Hadirlah ketenangan,
Bagai singgahan senja,
Kendatipun ia sementara,
Namun sentiasa setia,
Hadirnya ia,
Dikala senja tiba

Sunday, 6 April 2014

disebalik lorekan dan ketenangan banjaran

Akanku sematkan kubur harapanku ini,
Di sebalik lorekan warna kesamaran,
Agar tidak pecah jahitan kelukaan,
 Agar sejarah tidak berulang,
Biarlah ia hanya angan -angan,
Kerna ku masih ukur ugahari kehidupan,

 Biarpun ia marak membakar,
Namun akan ku kuburkan ia,
 Bersama baringan keindahan banjaran,
 Yang menghijau dalan ingatan,
Yang memberi peringatan,
iringan itu bukanlah pekerjaan.


Biar gunung kesabaran menggunung tinggi,
Agar akhir kesabaran seindah qalam yusof,
Agar deriaku diterjemah dalam keikhlasan,
Moga tidak tersemat sebarang pengharapan,
 tidak terbentang jalan kekotoran,
semoga ia terus menjadi persoalan,
Agar berbuah kesabaran,
 Meningkat keimanan,
 Bertambah tangga kedarjatan,
terpekup indah dalam indah iman,

 mulus yang tercipta adalah fitrah nurani,
Kerna takdiran ilahi,
sesuci wajah,
seindah senyum,
semanis sopan,
Setenang kelakuan,
setenang sapaan,
setenang panggilan,
 Seindah ketenangan,
Biarlah berlalu pergi,
 bagai hanyutnya daun bersama arus,
 Tanpa pengharapan,
tanpa permintaan,
tanpa kelukaan,


 Tenanglah diri,
 memuji Rabbi,
 merintih sepi,
 mengukur imani,
menagih syurgawi,
 yang pasti kekal abadi

 Rintihan hamba buatMu ya Rabbi. buatmu ketenangan.
#Ag,06042014 1924h , GOMBAK

Friday, 28 March 2014

Tidaklah hiasanku,
 Indah bagai utusan Tuhanku,
Hanya serpihan debu,
 Aku turuti,
Tapi ku punya firqati,
Tidak ku memiliki bagai auf yg menaburi,
Cuma sedikit tauladan ku ikuti,
Tidak ku miliki purnama yang menyinari,
Hanya sebutir yang ku gopohi,
Sebutir tercangkut dek persaudaraan,
Sebutir atau dua,
ku titip harapan,
dari rumpunan perjuangan,
Masih terkial -kial ,
Satu punya kasih yang tersemat di batu lautan kasih,
dua punya impian,
restu, punya gading yang meninggi,
 Seteruslah ia punya ajaran,
pegangan dan perjuangan,
punya keindahan dan kepakaran,
punya pengorbanan,
Semua termilik,
Sebaliknya tidaklah kumiliki,
Itulah rahsia ilahi,
ku harap dipenuhi dengan sebaik- baik perancangan.
 Allahu musta'an..
 ويمكرون ويمكر الله والله خير الماكرين

Sunday, 23 February 2014

Rumpun niaga Sang  Tamu

malangnya dikau,
seandai  petak kehidupan dibiar  kosong,
tanpa disemai dengan  semaian amal,
betapa rugi,
disaat masa dicurahkan,
bagai air mengalir ,
deras tanpa halangan,

tidakkah  kau tahu,
singgahan tetamu hanyalah seketika,
semailah semaian,
buat hari tua,
agar bisa  meredakan,
segala kesakitan,
juga keterasingan yang merobek jiwa,
jasad dimakan masa,
meronta-ronta meminta jasa,

maka semailah  ia berumpun,
agar lebih kukuh menahan badai,
tergumpal semangat ,
bagai jantung berdenyut kencang,
mengalir darah sekencang arus,
tampak tenang pada zahir,
maka biarlah ia kencang,
tanpa suara  atas aturanNya.
sebarkan dakwah,
sirrkan wajah,
moga hati seindah taman wajah,
mengukir  senyum dikala pohon segar berbuah,
hingga manfaat dua negeri,
senyumlah,syukurlah, tangislah,
atas Rahmat RabbMu,
Rabb Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

AG
Gombak,
23/2/2014


Friday, 21 February 2014



" خيركم  شبابكم  من تشبه  بكهولكم  وشر كهولكم  من  تشبه  بشباكم"
"sebaik- baik  pemuda di kalangan  kamu ialah sesiapa yang menyerupai  orang -orang  tua di kalangan  kamu, manakala seburuk -buruk  orang tua di kalangan  kamu ialah orang  yang menyerupai orang-orang muda di kalangan kamu"
#fayd al qadir 3/487 dan al-suyuti hadis hasan. _badiuzzaman said nursi, rasail an-nur.

Thursday, 20 February 2014

ku mencemburui,
tapi saat  rahmat menyapa,
meletus dan meleraikan jahitan itu,
betapa untung perniagaan kau tawarkan,
sabar mengatasi,
kau sepatutnya mencemburui,
selagi sabarku mendampingi,
tapi, awas!
'akas jadinya,
jika sabar kau nodai,
rugi kau cari,
dua negeri tiada ganti,
fakirlah dikau,
fakir selamanya.

#pesan  diri  banyakkan bersabar

bismillah.. 
sebelum ni tak pernah-pernah  aku  post cam gini, sebelum ni banyak aku posting post yang lebih  berbentuk puisi, tapi kali ini aku  tergerak berkongsi.

hari ini  ada perjumpaan kali pertama bagi anak- anak negeri aku, cuma aku nak kongsi kat sini sedikit kisah mantan  presiden.

kisah ketika mana awal  dia nak masuk universiti  dulu, biasa la, kebiasan orang bila dapat  sesuatu yang baik ni, depa akan buat  kenduri kesyukuran.

 so,  senior  aku pon  bila mana  dapat tawaran  untuk masuk ke universiti, dia pon buat la kenduri kesyukuran,  orang ramai pakat mari la, pastu orang pakat bagi sumbangan  sebagai  kat dia, bila  kira-kira  balik agak banyak la. 

tu cerita  masa-masa awal nak masuk universiti,  tapi sekarang dia  setiap  kali balik  kampung tengok macam masalah masyarakat, so dia pon fikir,kenapa masyarakat  kita dulu  tolong kita ketika nak  masuk  universiti,  tapi sekarang apa sumbangan  kita kat masyarakat?

takkan kerja kita hanya memikir, belajar , grad, kahwin  , ada rumah besar- besar, camtu ja? tu ja  hidup kita kosong sangat. 

jadi iktibar  disini, kita  nak hidup , hidup kita adalah  sebagai tetamu di dunia ni, biarla ada sumbangan kepada agama dan masyarakat. kalau  sekadar  nak fikir pasal  makan tidur je, rasanya tak da beza sangat la dengan ikan guppy yang  aku bela dalam bilik aku. biasanya ikan aku ni kalau depa kenyang depa akan dok diam- diam kat bawah. bila lapar  depa akan naik berlegar-legar  kat permukaan   air,  so  tak kan la hidupkita macam ikan jugak  kan?

 so , lu pikir- pikir la sendiri..
 mari ar pakat jadi ansarullah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ
# salam jumaat...  :)

Monday, 3 February 2014

duniaku,
hambailahi,
ku cuba menjadi diri  ini,
tidakku miliki kelebihan,
punya seribu kelemahan,
namun ku punya pegangan,
tawakkal ku hanya padaNya,
redhanya dicari,
tapi saat kemahuan disisi,
ku pinta roda kehidupan,
menuju tujuan,
walau hausnya mewarnai,
ku ingin bintang mendampingi,
agar cahaya semangat menyinari,
telah ku cuba,
tapi kerna restuNya tidak ku paluti,
tidak ku capai cahayanya,
masih gelita, 
harapan cahaya hadir,
dalam redha, 
kerna saat begini,
gergasi leka , 
kerap menyapa, 
menjadi uji raksasa,
tewas diulitnya,
kadang jauh terdampar,
kadang tersedar,
tapi makhluk punya  hayatnya,
jua sedarku,
besarnya rahmatNya,
dibangkit ia kepadaku,
namun jauh disudut hati, 
bertuahkah aku, 
akhir hayat ku bersama hidup sedar,
apa matiku bersama matinya ia.
cahaya kurnianya ,
rayuku,
dapat menghulur  bantuan
jua manfaat,
dua indukku,
kerap dingati, 
ditaburi doa keampunan,
moga sedahan darinya membuah mekar,
agar ku boleh mengukir syukur 
di perjalanan kelak,
dahanan bawahku, 
sering ku perhati, 
apa mampu ku rendangi,
atau sekadar memerhati,


tekad ini ingin menyusur 
dijalan membatu,
keras nya ia 
ingin membalut jasad
dengan jalur lorengnya,
baru ku membuka hajat,
didatang muqaddimah uji,
ucap nya megah meniggi,
aku mengakui,
tapi tetap memuji,
ucap dia  biar ku ikuti,
daku punya pertanyaan, 
apa setiap taraf mereka,
perlu begitu?
apa boleh ku menyimpangnyai,
360 darjah.darjahnya
kerna ku  tahu,
manismu,
kerna rasa pahitnya,
bawah mu,

ku punya rintihan dan harapan yang akan ku semat dalam nurani, hingga semadinya jasadi ini,
dari  awangan daku, hingga akhir nafasku, salahku akan ku tatapi, nescaya dikesali, tika itu moga keinsafan sebati, sebati, sebati, sebatilah!!!!!!!!!!!!!!!!!.

 GOMBAK/11:30AM/04-02-2014

Monday, 6 January 2014

Pengemis

Pengemis diam,
Mendongak ke langit,
Sang bintang bersinar megah,
Sang bintang yang punya kerlipan,
Sang bintang yang punya keindahan,
Keindahan ukhrawi,
Keindahan duniawi,
Punya semangat nun tinggi,
Semangat ukhrawi.
Mahupun semangat duniawi,

Pengemis terpana,
Betapa indah ciptaan Ilahi,
Subhanallah,
Maha  Suci Allah,


Kerlipan bintang,
Meragut ingatan,
Lupakah dirimu duhai pengemis?
Punya diri  jauh dari kemian,
Punya alas badan dalam mimpian,

Pergilah duhai sang pengemis,
Menemui Tuhanmu,
Menadah harapan,
Menitip rintihan,
Agar natijah rintihan,
Setanding bintang,
Bersinar bahagia dalam iman,


Ketahuilah duhai sang pengemis,
Kerlipan iman jauh meninggi,
Mengjangkau mentari,
Mengatasi galaksi,
Tiada diukuri,
Jalan itu bisa kau dakapi?
Hanya ketentuan Ilahi


Usah bicara soal uji,
Fitrah nurani,
Tidakkah sabar kunci fidausi?
Sabar yang punya maknawi,
Jauh dari isi duniawi,


Sabar amali,
Lurus tujuan  ukhrawi,
Bintang  tinggi,
tidak setanding  lagi,


moga diri diredhai,
pengemis menangisi,
seru diharapi,

seru hingga Firdausi.

*gambar sekadar hiasan