Monday, 18 May 2015

STRATEGY OF THE ISLAMIC MOVEMENT
The Islamic Movement has four processes:
Jama’ah (organisation)
Da’wah (invitation)
Tarbiyyah/Tazkiyyah (Training and spiritual purification) and,

social revolution.


The Jama’ah is the organisation to which the workers of the movement belong and which gives them a vehicle to work with. The workers of the organisation carry out the da’wah to bring more people into the organisation and at the same time, the organisation takes care of physical and spiritual training of all of its members. This causes social revolution after a period of time .

Saturday, 18 April 2015

Firqah/ pecahan mazhab pemikiran dan ideologi : Ibadiyyah

Firqah 

Ibadiyyah  الإباضية

Dikenal dengan Khawarij modern. Namun, penganutnya tidak mahu dikenali sebagi  Khawarij, kerana  mereka menganggap  alirannya  sebagai sebuah mazhab fiqh ijtihadi  yang sunni, berdamping  dengan Syafiyyah , Hanafiyyah , Malikiyyah dan Hanabaliyyah.

* apa  yang penulis dapat setelah merujuk guru perbandingan agama dan usuluddin serta sejarah, pada asalnya Khawarij adalah satu kumpulan yang  mana,  akidah, fiqah mereka  adalah sama, namun selepas peristiwa di zaman  Saidina Ali,  mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, dari segi Akidah dan sebagainya, antara adalah yang berpecah menjadi sebahagian dari golongan Syiah, ada yang digelarkan Ibadiyyah, yang dikatakan mazhab  fiqh yang kelima  setelah Syafiyyah dan yang lainnya. 

Pengasas

 Abdullah bin Ibadh Al - Maqa'isi, Ibadiyyah itu  disandarkan  kepada Ibadh , sebuah kampung yang terletak  dekat  Yamamah.

Antara lain tokohnya ialah,  Jabir Bin Zaid.


Pemikiran

Mereka menyeru  kepada Tanzih(penyucian)  Allah secara Mutlaq.  Sesuatu yang tercantum dalam Al  Quran dan Al Hadis yang dipandang tasybih, harus ditakwilkan dengan pengertian tertentu   sehingga tidak memberi kesan Tasybih. Mereka tetapkan  Asma Allah dan sifatNya  seperti yang Allah SWT tetapkan untuk  diriNya.  Sehubungan dengan kalimat Allah Taala bersemayam di Arasy, mereka berkeyakinan  harus ditakwilkan dengan  bentuk majazi.

Berdasarkan ayat  لا  تدركه الابصار  mereka  tidak  menyakini  melihat Allah di akhirat.

Namun  penulis meniliti didapati mereka berpendapat hampir sama dengan  Imam  Abdul Hasan Ali  ibnu Ismail Al Asyaary, yang mengambil jalan tengah atau  " synthese" antara   Qadariyyah dan Jabariyyah dalam  hal perbuatan manusia,  mereka berpendapat bahawa perbuatan manusia adalah ciptaan Allah dan hasil usaha manusia.

Namun, Sifat Allah bagi Ibadiyyah  bukanlah tambahan atas Zatnya, tetapi sifat  tersebut adalah Zat itu sendiri.

Dalam hal Al- Quran, mereka berpendapat Al Quran  adalah makhluk.


Sifat  Ideologi

Golongan Ibadiyyah  berpegang pada Al Quran, As Sunnah, Ra'yu, terutama Ijma' , qiyas dan 'istidlal. Pada umumnya mereka terpengaruh dengan mazhab Zahiri yang dalam memahhami teks( nas)  agama  dilakukan secara tektual dan ditafsirkan secara  lahiriah. 

Namun golongan  Ibadiyyah jugak terpengaruh  dengan Muktazilah  seperti pendapat Al Quran adalah makhluk..

Thursday, 16 April 2015

BAHAIYAAH ATAU BABIYYAH

Gerakan Keagamaan Dan Pemikiran #1

Babiyyah & Baha'iyyah 

Sebuah  gerakan  yang muncul pada tahun  1844 M dibawah asuhan Rusia, Yahudi Internasional  dan Kolonialis  Inggeris  dengan sasaran   utamanya  untuk menghancurkan  aqidah Islamiyyah.

Sejarah 

Pengasasnya ialah  Maraz Ali  Muhammad Ridha  Al Syirazi ( 1819- 1849). Pada tahun 1844 dia telah mengishtiharkan dirinya sebagai "Bab".  Selepas Maraz  Ali meninggal dunia,  kepimpinan diganti oleh "Baha" iaitu Mirza Hussain Ali diberi nama gerakan Bahaiyyah. Kitab suci mereka adalah Aqdas, yang ditulis oleh Mirza Hussain, yang  bermaksud yang Maha Suci. Mirza Husain meninggal   pada tahun 1892.

Pemikiran  dan Doktrin

Mereka berkeyakinan  bahawa "Bab" adalah pencipta  segala sesuatu  dengan kata- katanya. Dialah dasar wujudnya segala sesuatu.

Menyakini  adanya wihdatul wulud, menyatunya  Tuhan dengan diri  manusia.

Selain itu mereka menyakini adanya reinkarnasi   dan keabdian  alam semesta. Pahala dan dosa, kata mereka , hanya untuk ruh, semacam mimpi.

Doktrin ngaka 19 sangat diperhatikan mereka. Mereka menganggap  19 adalah angka suci, sehingga jumlah bulan dan hari mereka menjadi 19.

Budha, Kong Futse,Brahma, Zoroaster, dan philosopher agama lain  diakui mereka sebagai   nabi - nabi. Dalam isu penyaliba Nabi Isa A.S mereka   bersependapat dengan  Yahudi dan  Kristian.

Dalam memahami Al - Quran mereka menggunakan kaedah ta'wil  bathini, dengan menafsir dan menta'wilkan makna- makna Al Quran sesuai dengan mazhab mereka.


Mereka mengingkari  perkara - perkara Ghaibiyyat seperti Mukjizat para nabi, hakiakt Malaikta, jin  , syurga dan neraka.

Dalam isu wanita dan  harta benda, mereka sependapat dengan fahaman Komunisme. Oleh sebab itu mereka mengharamkan  hijab bagi wanita  dan menghalalkan nikah Mut'ah, iaitu pernikahan secara kontrak.

Oleh yang demikian , mereka  berfahaman  bahawa" Bab" telah menhapuskan  Syariat Islam, kerana itu mereka  mengingkari,  menurut  mereka , wahyu berterusan turun .  

Kitab- kitab suci mereka  sangat bertentangan dengan Agama Islam. 

Friday, 10 April 2015

Perkembangan ilmu kalam, secara ringkas.

Perkembangan  ilmu Kalam secara ringkas

1) Zaman Nabi Adam A.S hingga Zaman Nabi Nuh A.S.

Ketauhidan yang khalis murni, patuh dan taat  dengan mengEsakan Allah Taala.

Setelah kewafatan Nabi Adam, ummat kembali kacau setelah ketiadan pemimpin menuju keEsaan Allah, maka diutuskan Nabi Nuh.

Setelah kewafatan Nabi Nuh , maka ummat kembali kacau bilau, maka diutus Allah akan ummat manusia Nabi Ibrahim A.S, yang mengajarka akan ummat ketauhidan kepada Allah Taala disamping syariah, yang antaranya  disyariahkan  dalam agama yang  dibawa Nabi Muhammad SAW,
maka begitu juga lain2 dari kalangan para Anbia.

2) Zaman Baginda Rasulullah SAW,
Pengutusan baginda adalah membawa ummat kepada tauhid mengakui keEsaan Allah SWT, sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Ibrahim As. Tauhid sebagaimana yang diajarkan didalam kalamullah Al Quran dan Hadis baginda.

Pada zaman baginda dinyattakan tidak ditemui dalam hadis diantara sahabat yang menyelidiki  kepada baginda SAW  tentang sifat- sifat Allah atau kedudukan  sifat - sifat Allah,adakah ia sifat zat ataupun sifat fi'il. Mereka semua bersependapat bahawa  sifat- sifat Allah adalah Azali.

yiaitu, Ilmu, Qudrat, Hayat, Iradah, Sama' , Basar, dan Kalam.

3) dizaman para sahabat radhiallahu an hum.
ketauhidan pada zaman sahabat tidak ada bezanya,  kerana keimanan yang kuat mereka kepada Allah S.w.t.


4) akhir abad pertama hijrah.
kegoncangan mula berlaku, dengan muncul seorang yang bernama Jaham ibnu Safwan, yang tidak mengakui akan2 sifat2 Allah. Ada di kalangan Muslimin yang terpengaruh dengan fahaman ini.

Adapun banyak ulama yang hebat bangun menentang pendapat ini, iaitu mereka tetap ketauhidannya. Mereka  mengatakan ia adalah sesat.

Tatkala ulama sibuk membicarakan dalil bagi menentang pendapat Jaham ibn safwan,  tiba - tiba muncul  satu aliran pemikiran yang bernama Muktazilah yang dicetuskan oleh Wasil ibnu Atha'.
Salah seorang murid Hasan ibnil Husin Al Basri, yang  menguatkan dan membenarkan  pendapat Jaham, iaitu menafikan sifat-sifat Allah.Wasil ibnu Atha telah menyalahi pendapat guru beliau Hassan Al Basri.

 * perbezaan Jahmiah dan Muktazilah adalah jahmiah tidak menerima sebarang sifat Allah termasuk yang  sifat Allah yang disebutkan dalam Al -Quran yiaitu Ilmu, Qudrat, Hayat, Iradah, Sama' , Basar, dan Kalam. adapun Muktazilah  hanya tidak menerima sifat sifat Allah yang selain dari yang difirman Allah didalam KitabNya.

5) Kemudian daripada itu mucul pula seorang  lagi tokoh  Muhammad bin Koram  Abu Abdullah Assajistany, pemimpin golongan Karamiyyah yang menentang  golongan  Muktazlizah tadi, dan mereka ini menetapkan sifat- sifat Allah dan berlebihan  sehingga  menyerupai  Allah sebagai  berjisim.  Meraka ini juga dikenali dengan nama Mujassimah atau Karamiyyah atau Musyabbihah

*  Penulis memerhatikan  dari pandangan yang penuh fakir ini, sebagai seorang penuntu ilmu adalah,  selepas Zaman Nabi dan sahabat tidak  dibicarakan atau dikaji,  maka timbul Jahmiah yang menolak sifat - sifat Allah , sedikit sealiran dengan  Muktazilah, mereka ini berlebihan dalam menolak sifat- sifat Allah, maka didatangkan golongan Mujasimmah juga yang berlebihan dalam menetapkan terus pula sifat- sifat. Maka , golongan Ahli Sunnah pula berada pada jalan tengah, ini akan dibicarakan akan datang inshaAllah. Namun sepanjang perbincangan  penulis dengan seorang guru, secara terperincinya tidak dipastikan  tentang siapakah yang mula -mula membahaskan kan perbincangan  ini, ada yang menyatakan Muktazilah muncul hasil dari timbul  golongan sifati yang menerima sifat- sifat Allah. Dikatakan Ibnu Kullab. Pada pandangan penulis, pada ketika ini, tidaklah  mereka ini berkumpalan  sepertimana sangkaan kita , mereka hanya lahir dari persamaan pemikiran. Bahkan ia dikatakan mereka bersependapat pada satu hal, dan berselisih pada satu hal. tidak lah mereka ini mempunyai sekolah pemikiran tertentu pada ketika ini.

Perdebatan antara pemikiran ini berlanjuta sehingga zaman khalifah makmun.

6) Maka tatakal itu muncullah seorang tokoh, iaitu Abdul Hassan 'Ali ibnu  Ismail al Asyary yang melahirkan synthese, atau jalan tengah antara kedua pendapat ini, seperti yang penulis sebutkan sebelum ini, yang menafikan dan men- isbatkan. Beliau menggunakan dalil aqli dan naqli dalam perbahasan beliau.  Maka ramai lah ulama yang tertarik pada pendapat  beliau, dan menyebarkan ke seluruh serata dunia,


Friday, 6 June 2014

dikala manusia lain sedia  untuk meneruskan,
saat itu aku berharap penuh harapan,
dan juga penuh kesedian,
untuk tidak mengulangi kesilapan,
masih antara dua,
ulangan atau  keterusan.

itu adalah tabiat yang patut diubah!
sebaiknya hasil  bagai dua,
walau ia satu,

Aku boleh!
hadiah buat dua buah hati tercinta,
ibu ayah,
maafkan anakanda.

Thursday, 5 June 2014

setengah manusia merendah diri,
kerana rasa kurangnya diri,
setengahnya pula merendah diri,
agar hulur dicapai,
hulur rohani tentu sekali,
itu dia hasrat hati,
hanya yang berjiwa akan mengenali,
betapa sakitnya sakitan diri.
penyakit ini,
mengikis segala cita,!

Saturday, 31 May 2014

bangsaku bangsa basyari!

bangsa itu,

kadang diuji kemewahan,
kadang diuji dengan ketiadaan,
kadang diuji dengan teman,
kadang diuji dengan saat keseorangan,

bangsa itu,

kadang dia mensyukuri dengan  perolehan,
kadang dia mensyukuri dengan kekurangan,

bangsa itu ,
kadang dia peroleh dosa saat bersendirian,
kadang dia peroleh ganjaran saat kesunyian,

bangsa itu,

dia ikhlas setelah dikurniakan nikmat,
kadang dia jauh dari rahmat,
saat dia tidak menghargai nikmat,

bangsa itu,
kadang dia temui  hikmat setelah melalui azab,
kadang dia terima laknat setelah dia bangga dengan hikmat,

bangsa itu,

tiada pendirian tetap,
kerana singgahan iman sentiasa berkocak,
singgahan itu tidak ditetap,
singgahan yang sentiasa diragut duniawi,
dia singgahan , segumpal hati maknawi.

bangsa itu.

ketiadaan adalah nikmat,
nikmat yang maknawi,
kewujudan ada nikmat duniawi,
nikmat yang mungkin diresapi,
setitik maknawi,
dan terkadang ia ditilik ilmuan hakiki.

bangsa itu,
bangsa basyari!

*bangsa ini terlepas dari taklifi,
sudah tentu buat mereka syurgawi,
tertitip sejak azali,
jauh disana lauh mahfuzi.





Wednesday, 28 May 2014

sangka sang jahil

sangka sang jahil2805142202

cita murni itu mungkin tersangkut,
seandai balas lakumu,
menyampaikan sebuah maksud,
terangilah,
agar hilang segala prasangka,

atau sebagai ujian,
buat yang uji kekentalan,
tabah hati,
dan sejauh kesungguhan,

atau uji tuhan,
kejauhan benarnya rintihan,
atau sekadar mainan,

atau ia sebagai liku jalanan,
yang bakal dipandang nanti,
sungguh keindahan sebuah perjalanan,
muncul dari sebuah kepahitan,

sungguh cahaya indah itu ,
amat sukar ditemui,
dalam kegelapan  manusia,
fitrah yang sukar,
pahit adalah sapaan,
sebelum terukir sebuah senyuman,
senyuman kebahagian ,

kadang menyuluhi azam ini,
kadang meluntur usaha ini,
sukar ditentukan,
sungguh!,
sungguh!,
sungguh!,
ia menguji tawakkal kepada tuhan,

bercahayalah,
bercahayalah,
dalam harapan murni ini,
tidak pernah sebelum kebangkitan ini,
usah gugurkan usaha suci ini,
sungguh aku merintih penuh,
bagai hamba yang dijatuh hukuman,
memohon sebuah ampunan,

terangilah bersama daku,
menyuluh kegelapan duniaku,

seandai firman tuhan,
buat junjungan,
katakan,
seandai benar- benar ,
tuhan dalam gumpalan(hati),
ikutkan daku,
nescaya kasih tuhan buatmu,


cukuplah bagiku,
seandai aku yang turutkan,
dikau sebagai suluhan ,
menuju jalanan tuhan,
menggembirakan  "dua" buah hatiku,
menghilangkan segala ketakutan mereka,
memberi sedikit bahagia,
sebagai sebuah rahmat.
dari tuhan Yang Maha Pemurah.




Tuesday, 27 May 2014

بسم الله الرحمن الرحيم
ilmu

duhai teman.
dengarkan pesanan
 awal kutipan ,
10 titipan,
sempurna fahaman,
cukup keperluan,


10 titipan buat permulaan
haddu (الحد)  itu satu definasi  mula kutipan

maudu( الموضوع ) itu pula tajuk kenalan

kelebihan itu dikenal samarah  ( الثمرة ) ilmuan

terus titipan
nama dan tempat ambilan
dikenal ia dengan nisbah (النسبة ) cakapan,

kuat amalan ,
bila tahu kelebihan ( الفضل) ,
itu lah dia ,
ke-enam titipan,

tahu kamu,
akan siapa ciptaan ( الواضع )
.
ketujuh titipan
nama panggilan (الاسم )

delapan titipan,
kenal dari ambilan  ( الاستمداد) ,
moga tahu asal usul ilmuan.

maka teruslah titipan,
yang kesembilan  ia datang,
dengan tahu hukum syariatan  (حكم الشارع ),


habis ia dengan akhiran,
iaitu permasalahan  (مسائل ),

qaul ini aku petikan,
agar diri sentiasa diingatkan,
buat bekal jauh jalanan,
dari kecil harapan ,
moga kekal tulisan,
walau bercerai badan,
moga ia satu amalan,
tak putus terus berpanjangan,


kata empunya qalam,
tahu akan 10 ini titipan,
cukup ia dalam ini bahagian,

seru kemulian dan keberkatan,
hasil hadam kesemua titipan,
semoga manfaat dalam jalanan,
menuju kebahagian,
kebahagian yang kekal di alam kemudian.

ag, 28052014, 0021
adaptasi kuliah TNG ridhauddin abd wahab.
kata guru, seandai tak ikut laluan,
bagai pencuri alam,
kita ambil pintu belakang. :)

إن مبادئ كل علـم عشـرة             الحدّ والموضـوع ثـم الثمـر

ونسبـة و فضلـه والـواضـع         والاسم الاستمداد حكم الشارع

مسائل والبعض بالبعض اكتفى     ومن درى الجميع حـاز الشرفا

Saturday, 24 May 2014

"Aku berlindung dengan Nama Allah dari segalala kejahatan syaitan yang direjam,aku berlindung dari segala kejahatan lidah dan laku"
Kata itu, 
Adakah mereka lihat ia sekadar kata,
Tersusun rapi bagai bata,
Yang tak punya makna,
Hanya buat indah halwa,
Atau,
Ia adalah jeritan pinta,
natijah dari luka,
Bagai si nazak, 
Yang meminta-minta,
Memohon dikurangkan siksa,

Mereka,
Sekadar melihat dengan mata,
Atau sekadar,
Melepaskan kerja,
Atau sekadar,
Menampakkan "aku insan paling mulia",
Atau,
"Argh biarkan ia sahaja"
"Ia tak punya erti buat kita"

Oh aku lupa,
Mereka juga insan biasa,
Tidak punya mukjizat seperti musa,
Tidak maksum bagai nabi kita,
Punya batasan cita,
Punya ketentuan dalam catatan Dia

Kita ,
Seharusnya bersua,
Luah segala siksa,
Capai segala kata,
Bantu sesama kita,
Tinggalkan segala dusta,
Agar capai bahagia,

Bahagia hingga dunia tiada erti kata!
Hingga capai segala cita,
Musuh pasti derita!

Ag,0035,24052014.


tafsiran frasa :

(kata itu)
merujuk kepada puisi atau luahan seseorang yang ingin disampaikan kepada individu/ sekelompok manusia,ini kerana setiap puisi yang terbina adalah keluhan atau harapan seseorang  yang ingin  disampaikan yang mempunyai gharad atau tujuan tertentu hasil dari rintihan dan perasaan hatinya.


(Adakah mereka lihat ia sekadar kata,)
(Tersusun rapi bagai bata,)
(Yang tak punya makna,)

menyoalkan/menyindir  kepada  individu/kelompok   yang penulis puisi tersebut ingin targetkan, adakah mereka melihat puisi itu adalah semata-mata kata yang tiada makna dan tiada maksud. adakah mereka melihat sekadar kata -kata yang disusun rapi agar kelihatan cantik dilihat tulisannya.
sedang setiap puisi itu mempunyai hasrat dan tujuan serta rohnya yang tersingkap disebalik, mesti orang kebanyakan akan menyatakan: " kenapa tidak dinyatakan terus tujuan-tujuan tersebut? , kenapa harus berkias- kiasan? ketahui duhai teman , setiap insan dilahirkan dengan pelbagai ragam, pelbagai ragam, pelbagai sifat dan perangai, pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku, emosi , suasanan, keyakinan, kehidupan sebelum, dan sifat semula jadi anugerah atau ujian kurniaan terhadap seseorang.



(Hanya buat indah halwa,)

kesinambungan frasa  sebelumnya,  adakah sebuah puisi itu sekadar disusun dan dan dititipkan dibibir agar ia  indah didengar sahaja.

(Atau,
Ia adalah jeritan pinta,)

frasa ini  ingin memberi pilihan jawapan, yang bermaksud, puisi ini adalah keluhan/harapan { "jeritan pinta" ini bermaksud  jeritan permintaan}

(natijah dari luka,
Bagai si nazak, 
Yang meminta-minta,
Memohon dikurangkan siksa,)

jeritan permintaan itu disebabkan "luka'  atau kesakitan dan pederitaan yang dihadapinya."bagai si nazak ini adalah analoginya, kerana apabila sesorang kesakitan atau menderita yang bersangtan pasti ia meminta- minta pertolongan sepertimana  orang yang nazak dalam kesakitan yang teramat sangat  meminta -minta diringankan beban kesakitan itu.



...........

(Mereka,)
golongan/individu yang ditujukan/disindirkan.

(Sekadar melihat dengan mata,)
menyoalkan adakah golongan ini apabila mencapai rintihan itu, mereka membiarkan sahaja perkara itu terus berlalu.


(Atau sekadar,
Melepaskan kerja,)

atau mereka ini menolong penderita/orang yang memerlukan pertolongan tersebut tetapi sekadar melepaskan tugasnya sebagai orang yang sepatutnya menolong.

(Atau sekadar,
Menampakkan "aku insan paling mulia",)

atau mereka yang menolong ini pula, hanya menolong sekadar  menampakkan dialah orang terbaik"mulia"  kerana menolong orang yang menderita tersebut.

(Atau,
"Argh biarkan ia sahaja"
"Ia tak punya erti buat kita")

atau golongan ketiga ini, yang mengatakan "argh biarkan ia sahaja, ia tak punya erti buat kita" bermaksud, biarkan mereka {yakni golongan yang menderita dan bermasalah ini}  kerana "ia tak punya erti buat kita" kerana mereka tiada apa-apa faedah atau kepentingan pon kepada kita.


(Oh aku lupa,
Mereka juga insan biasa,)

frasa ini mengingatkan kembali disamping (mengekalkan kritikan)  terhadap "mereka-yakni golongan  yang sepatutnya membantu golongan  yang menderita/masalah" bahawa  mereka ini juga hanya insan biasa sepertimana jiwa -jiwa manusia yang lain.

(Tidak punya mukjizat seperti musa,
Tidak maksum bagai nabi kita,)

mereka ini juga bukanlah seperti para aulia yang Allah kurniakan pelbagai kelebihan terutamanya kesabaran, iman yang tinggi dan juga kebijaksaan, dan mereka juga tidak lari dari melakukan khilaf dan kesilapan tidak sepertimana junjungan besar baginda  kita nabi محمد صلى الله عليه وسلم .


(Punya batasan cita,)

mereka juga mempunyai kebolehan yaang terbatas, atau apa yang mereka "cita" inginkan capaikan juga terbatas.

(Punya ketentuan dalam catatan Dia)

merek juga  punya jalaanan yang telah tersembat indah dalam "catatan dia"- lauh mahfuz.


(Kita ,)
merujuk kepada kedua-dua golongan 
 
(Seharusnya bersua,)

mereka (kedua-dua golongan ) seharusnya berdepan, mencari penyelesaian, 

(Luah segala siksa,)

penderita seharusnya meluahkan segala siksa/ penderitaan,

(Capai segala kata,)
agar mencapai segala"kata" yakni apa yang dicanang-canangkan.

(Bantu sesama kita,)
supaya dapat membantu sesama kita,

(Tinggalkan segala dusta,
Agar capai bahagia,)

(Bahagia hingga dunia tiada erti kata!
Hingga capai segala cita,
Musuh pasti derita!)



Monday, 19 May 2014

awangan ini adalah duniaku!,
buat curahkan segala kandungan,
mencurah isi keseluruh pelusuk bumi,
tanpa perlu pintaan!
biarkan ia bebas mengalir,
membuang segala beban dilangit.


delete.... :) akan digabungkan, bila dah sedia.
begitu tenang hati saat melayan mata dengan karenah ikan peliharaan aku ini, tapi belum mampu memadam kegelisahan, dan kegusaran hati kecil ini, terlalu banyak  perkara yang difikirkan.

saat ini, hati ini, bagaikan seorang pemuda yang kesedihan ditengah padang  pasir tanpa ada hidupan lain,
mungkin terlalu melayan perasaan,atau mungkin dahaganya aku seorang murabbi, yang sering menasihat, dan menghargai  jiwa aku ini,

hati terlalu sunyi, sunyi ini kedua-duanya, sunyi aku dari  dampingan kasih sayang dan luahan, sunyi juga dari ilmu dan iman.

kesunyian ini terlalu menganggu fikiran jiwa diriku,

terkadang, saat meletakkan kepala di bantal,  air mata  panas mengcengkam pipi, saat itu hati kerdil ini mula menadah tangan memohon keampuan, memohon hajat.

aku terlalu lemah menanggung ujian ini, ya Allah,  aku terlalu lemah ya Allah,saat tulisan ini diloretkan ,korban jernih air mata aku ni bersama butiran kesedihan  bagai pasir di pantai,

memikir dosa, buruknya wajah aku, apapon wajah aku, ia tetap wajah jasad kecil ini,

adakah salah cinta manusia ku ini, aku  jatuh  hati terhadap manusia , namun dosa , kekurangan ilmu, harta sering  membunuh hasrat murni, terlalu malu berhadapan manusia hebat sekeliling aku,

 aku masih  bersama topeng aku, bersama topeng kegembiraan,  bersama topeng keilmuan,

ya 'alim, Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui keadaan hamba Mu ini,
Sungguh Engkau yang Maha  Bijaksana,

aku bukanlah orang yang pandai  menjaga hati-hati manusia lain, maka natijah itu mana adalah  hati yang menjagai aku,

 aku terlalu mudah lupa diri, terlalu ego walaupon terpahat di hati ini, aku tidak lain bagai tin yang  kosong,
aku terlalu menagih  simpati manusia, terlalu berharap kasih sayang manusia.

aku  hanya manusia biasa yang juga menagih cinta manusia, 

aku juga memikir , 08:39pm  17mei2014

"Ya Allah Engkau telah menjadikan  makhluk disekeliling ku penuh ketenangan dan rahmah, maka dengan rahmatMu, Kau hiasilah ketenangan dalam jiwa kerdil hambaMu ini"