Ibadiyyah الإباضية
Dikenal dengan Khawarij modern. Namun, penganutnya tidak mahu dikenali sebagi Khawarij, kerana mereka menganggap alirannya sebagai sebuah mazhab fiqh ijtihadi yang sunni, berdamping dengan Syafiyyah , Hanafiyyah , Malikiyyah dan Hanabaliyyah.
* apa yang penulis dapat setelah merujuk guru perbandingan agama dan usuluddin serta sejarah, pada asalnya Khawarij adalah satu kumpulan yang mana, akidah, fiqah mereka adalah sama, namun selepas peristiwa di zaman Saidina Ali, mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, dari segi Akidah dan sebagainya, antara adalah yang berpecah menjadi sebahagian dari golongan Syiah, ada yang digelarkan Ibadiyyah, yang dikatakan mazhab fiqh yang kelima setelah Syafiyyah dan yang lainnya.
Pengasas
Abdullah bin Ibadh Al - Maqa'isi, Ibadiyyah itu disandarkan kepada Ibadh , sebuah kampung yang terletak dekat Yamamah.
Antara lain tokohnya ialah, Jabir Bin Zaid.
Pemikiran
Mereka menyeru kepada Tanzih(penyucian) Allah secara Mutlaq. Sesuatu yang tercantum dalam Al Quran dan Al Hadis yang dipandang tasybih, harus ditakwilkan dengan pengertian tertentu sehingga tidak memberi kesan Tasybih. Mereka tetapkan Asma Allah dan sifatNya seperti yang Allah SWT tetapkan untuk diriNya. Sehubungan dengan kalimat Allah Taala bersemayam di Arasy, mereka berkeyakinan harus ditakwilkan dengan bentuk majazi.
Berdasarkan ayat لا تدركه الابصار mereka tidak menyakini melihat Allah di akhirat.
Namun penulis meniliti didapati mereka berpendapat hampir sama dengan Imam Abdul Hasan Ali ibnu Ismail Al Asyaary, yang mengambil jalan tengah atau " synthese" antara Qadariyyah dan Jabariyyah dalam hal perbuatan manusia, mereka berpendapat bahawa perbuatan manusia adalah ciptaan Allah dan hasil usaha manusia.
Namun, Sifat Allah bagi Ibadiyyah bukanlah tambahan atas Zatnya, tetapi sifat tersebut adalah Zat itu sendiri.
Dalam hal Al- Quran, mereka berpendapat Al Quran adalah makhluk.
Sifat Ideologi
Golongan Ibadiyyah berpegang pada Al Quran, As Sunnah, Ra'yu, terutama Ijma' , qiyas dan 'istidlal. Pada umumnya mereka terpengaruh dengan mazhab Zahiri yang dalam memahhami teks( nas) agama dilakukan secara tektual dan ditafsirkan secara lahiriah.
Namun golongan Ibadiyyah jugak terpengaruh dengan Muktazilah seperti pendapat Al Quran adalah makhluk..
No comments:
Post a Comment