Perkembangan ilmu Kalam secara ringkas
1) Zaman Nabi Adam A.S hingga Zaman Nabi Nuh A.S.
Ketauhidan yang khalis murni, patuh dan taat dengan mengEsakan Allah Taala.
Setelah kewafatan Nabi Adam, ummat kembali kacau setelah ketiadan pemimpin menuju keEsaan Allah, maka diutuskan Nabi Nuh.
Setelah kewafatan Nabi Nuh , maka ummat kembali kacau bilau, maka diutus Allah akan ummat manusia Nabi Ibrahim A.S, yang mengajarka akan ummat ketauhidan kepada Allah Taala disamping syariah, yang antaranya disyariahkan dalam agama yang dibawa Nabi Muhammad SAW,
maka begitu juga lain2 dari kalangan para Anbia.
2) Zaman Baginda Rasulullah SAW,
Pengutusan baginda adalah membawa ummat kepada tauhid mengakui keEsaan Allah SWT, sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Ibrahim As. Tauhid sebagaimana yang diajarkan didalam kalamullah Al Quran dan Hadis baginda.
Pada zaman baginda dinyattakan tidak ditemui dalam hadis diantara sahabat yang menyelidiki kepada baginda SAW tentang sifat- sifat Allah atau kedudukan sifat - sifat Allah,adakah ia sifat zat ataupun sifat fi'il. Mereka semua bersependapat bahawa sifat- sifat Allah adalah Azali.
yiaitu, Ilmu, Qudrat, Hayat, Iradah, Sama' , Basar, dan Kalam.
3) dizaman para sahabat radhiallahu an hum.
ketauhidan pada zaman sahabat tidak ada bezanya, kerana keimanan yang kuat mereka kepada Allah S.w.t.
4) akhir abad pertama hijrah.
kegoncangan mula berlaku, dengan muncul seorang yang bernama Jaham ibnu Safwan, yang tidak mengakui akan2 sifat2 Allah. Ada di kalangan Muslimin yang terpengaruh dengan fahaman ini.
Adapun banyak ulama yang hebat bangun menentang pendapat ini, iaitu mereka tetap ketauhidannya. Mereka mengatakan ia adalah sesat.
Tatkala ulama sibuk membicarakan dalil bagi menentang pendapat Jaham ibn safwan, tiba - tiba muncul satu aliran pemikiran yang bernama Muktazilah yang dicetuskan oleh Wasil ibnu Atha'.
Salah seorang murid Hasan ibnil Husin Al Basri, yang menguatkan dan membenarkan pendapat Jaham, iaitu menafikan sifat-sifat Allah.Wasil ibnu Atha telah menyalahi pendapat guru beliau Hassan Al Basri.
* perbezaan Jahmiah dan Muktazilah adalah jahmiah tidak menerima sebarang sifat Allah termasuk yang sifat Allah yang disebutkan dalam Al -Quran yiaitu Ilmu, Qudrat, Hayat, Iradah, Sama' , Basar, dan Kalam. adapun Muktazilah hanya tidak menerima sifat sifat Allah yang selain dari yang difirman Allah didalam KitabNya.
5) Kemudian daripada itu mucul pula seorang lagi tokoh Muhammad bin Koram Abu Abdullah Assajistany, pemimpin golongan Karamiyyah yang menentang golongan Muktazlizah tadi, dan mereka ini menetapkan sifat- sifat Allah dan berlebihan sehingga menyerupai Allah sebagai berjisim. Meraka ini juga dikenali dengan nama Mujassimah atau Karamiyyah atau Musyabbihah
* Penulis memerhatikan dari pandangan yang penuh fakir ini, sebagai seorang penuntu ilmu adalah, selepas Zaman Nabi dan sahabat tidak dibicarakan atau dikaji, maka timbul Jahmiah yang menolak sifat - sifat Allah , sedikit sealiran dengan Muktazilah, mereka ini berlebihan dalam menolak sifat- sifat Allah, maka didatangkan golongan Mujasimmah juga yang berlebihan dalam menetapkan terus pula sifat- sifat. Maka , golongan Ahli Sunnah pula berada pada jalan tengah, ini akan dibicarakan akan datang inshaAllah. Namun sepanjang perbincangan penulis dengan seorang guru, secara terperincinya tidak dipastikan tentang siapakah yang mula -mula membahaskan kan perbincangan ini, ada yang menyatakan Muktazilah muncul hasil dari timbul golongan sifati yang menerima sifat- sifat Allah. Dikatakan Ibnu Kullab. Pada pandangan penulis, pada ketika ini, tidaklah mereka ini berkumpalan sepertimana sangkaan kita , mereka hanya lahir dari persamaan pemikiran. Bahkan ia dikatakan mereka bersependapat pada satu hal, dan berselisih pada satu hal. tidak lah mereka ini mempunyai sekolah pemikiran tertentu pada ketika ini.
Perdebatan antara pemikiran ini berlanjuta sehingga zaman khalifah makmun.
6) Maka tatakal itu muncullah seorang tokoh, iaitu Abdul Hassan 'Ali ibnu Ismail al Asyary yang melahirkan synthese, atau jalan tengah antara kedua pendapat ini, seperti yang penulis sebutkan sebelum ini, yang menafikan dan men- isbatkan. Beliau menggunakan dalil aqli dan naqli dalam perbahasan beliau. Maka ramai lah ulama yang tertarik pada pendapat beliau, dan menyebarkan ke seluruh serata dunia,