Babiyyah & Baha'iyyah
Sebuah gerakan yang muncul pada tahun 1844 M dibawah asuhan Rusia, Yahudi Internasional dan Kolonialis Inggeris dengan sasaran utamanya untuk menghancurkan aqidah Islamiyyah.
Sejarah
Pengasasnya ialah Maraz Ali Muhammad Ridha Al Syirazi ( 1819- 1849). Pada tahun 1844 dia telah mengishtiharkan dirinya sebagai "Bab". Selepas Maraz Ali meninggal dunia, kepimpinan diganti oleh "Baha" iaitu Mirza Hussain Ali diberi nama gerakan Bahaiyyah. Kitab suci mereka adalah Aqdas, yang ditulis oleh Mirza Hussain, yang bermaksud yang Maha Suci. Mirza Husain meninggal pada tahun 1892.
Pemikiran dan Doktrin
Mereka berkeyakinan bahawa "Bab" adalah pencipta segala sesuatu dengan kata- katanya. Dialah dasar wujudnya segala sesuatu.
Menyakini adanya wihdatul wulud, menyatunya Tuhan dengan diri manusia.
Selain itu mereka menyakini adanya reinkarnasi dan keabdian alam semesta. Pahala dan dosa, kata mereka , hanya untuk ruh, semacam mimpi.
Doktrin ngaka 19 sangat diperhatikan mereka. Mereka menganggap 19 adalah angka suci, sehingga jumlah bulan dan hari mereka menjadi 19.
Budha, Kong Futse,Brahma, Zoroaster, dan philosopher agama lain diakui mereka sebagai nabi - nabi. Dalam isu penyaliba Nabi Isa A.S mereka bersependapat dengan Yahudi dan Kristian.
Dalam memahami Al - Quran mereka menggunakan kaedah ta'wil bathini, dengan menafsir dan menta'wilkan makna- makna Al Quran sesuai dengan mazhab mereka.
Mereka mengingkari perkara - perkara Ghaibiyyat seperti Mukjizat para nabi, hakiakt Malaikta, jin , syurga dan neraka.
Dalam isu wanita dan harta benda, mereka sependapat dengan fahaman Komunisme. Oleh sebab itu mereka mengharamkan hijab bagi wanita dan menghalalkan nikah Mut'ah, iaitu pernikahan secara kontrak.
Oleh yang demikian , mereka berfahaman bahawa" Bab" telah menhapuskan Syariat Islam, kerana itu mereka mengingkari, menurut mereka , wahyu berterusan turun .
Kitab- kitab suci mereka sangat bertentangan dengan Agama Islam.
No comments:
Post a Comment