Saturday, 24 May 2014

Kata itu, 
Adakah mereka lihat ia sekadar kata,
Tersusun rapi bagai bata,
Yang tak punya makna,
Hanya buat indah halwa,
Atau,
Ia adalah jeritan pinta,
natijah dari luka,
Bagai si nazak, 
Yang meminta-minta,
Memohon dikurangkan siksa,

Mereka,
Sekadar melihat dengan mata,
Atau sekadar,
Melepaskan kerja,
Atau sekadar,
Menampakkan "aku insan paling mulia",
Atau,
"Argh biarkan ia sahaja"
"Ia tak punya erti buat kita"

Oh aku lupa,
Mereka juga insan biasa,
Tidak punya mukjizat seperti musa,
Tidak maksum bagai nabi kita,
Punya batasan cita,
Punya ketentuan dalam catatan Dia

Kita ,
Seharusnya bersua,
Luah segala siksa,
Capai segala kata,
Bantu sesama kita,
Tinggalkan segala dusta,
Agar capai bahagia,

Bahagia hingga dunia tiada erti kata!
Hingga capai segala cita,
Musuh pasti derita!

Ag,0035,24052014.


tafsiran frasa :

(kata itu)
merujuk kepada puisi atau luahan seseorang yang ingin disampaikan kepada individu/ sekelompok manusia,ini kerana setiap puisi yang terbina adalah keluhan atau harapan seseorang  yang ingin  disampaikan yang mempunyai gharad atau tujuan tertentu hasil dari rintihan dan perasaan hatinya.


(Adakah mereka lihat ia sekadar kata,)
(Tersusun rapi bagai bata,)
(Yang tak punya makna,)

menyoalkan/menyindir  kepada  individu/kelompok   yang penulis puisi tersebut ingin targetkan, adakah mereka melihat puisi itu adalah semata-mata kata yang tiada makna dan tiada maksud. adakah mereka melihat sekadar kata -kata yang disusun rapi agar kelihatan cantik dilihat tulisannya.
sedang setiap puisi itu mempunyai hasrat dan tujuan serta rohnya yang tersingkap disebalik, mesti orang kebanyakan akan menyatakan: " kenapa tidak dinyatakan terus tujuan-tujuan tersebut? , kenapa harus berkias- kiasan? ketahui duhai teman , setiap insan dilahirkan dengan pelbagai ragam, pelbagai ragam, pelbagai sifat dan perangai, pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku, emosi , suasanan, keyakinan, kehidupan sebelum, dan sifat semula jadi anugerah atau ujian kurniaan terhadap seseorang.



(Hanya buat indah halwa,)

kesinambungan frasa  sebelumnya,  adakah sebuah puisi itu sekadar disusun dan dan dititipkan dibibir agar ia  indah didengar sahaja.

(Atau,
Ia adalah jeritan pinta,)

frasa ini  ingin memberi pilihan jawapan, yang bermaksud, puisi ini adalah keluhan/harapan { "jeritan pinta" ini bermaksud  jeritan permintaan}

(natijah dari luka,
Bagai si nazak, 
Yang meminta-minta,
Memohon dikurangkan siksa,)

jeritan permintaan itu disebabkan "luka'  atau kesakitan dan pederitaan yang dihadapinya."bagai si nazak ini adalah analoginya, kerana apabila sesorang kesakitan atau menderita yang bersangtan pasti ia meminta- minta pertolongan sepertimana  orang yang nazak dalam kesakitan yang teramat sangat  meminta -minta diringankan beban kesakitan itu.



...........

(Mereka,)
golongan/individu yang ditujukan/disindirkan.

(Sekadar melihat dengan mata,)
menyoalkan adakah golongan ini apabila mencapai rintihan itu, mereka membiarkan sahaja perkara itu terus berlalu.


(Atau sekadar,
Melepaskan kerja,)

atau mereka ini menolong penderita/orang yang memerlukan pertolongan tersebut tetapi sekadar melepaskan tugasnya sebagai orang yang sepatutnya menolong.

(Atau sekadar,
Menampakkan "aku insan paling mulia",)

atau mereka yang menolong ini pula, hanya menolong sekadar  menampakkan dialah orang terbaik"mulia"  kerana menolong orang yang menderita tersebut.

(Atau,
"Argh biarkan ia sahaja"
"Ia tak punya erti buat kita")

atau golongan ketiga ini, yang mengatakan "argh biarkan ia sahaja, ia tak punya erti buat kita" bermaksud, biarkan mereka {yakni golongan yang menderita dan bermasalah ini}  kerana "ia tak punya erti buat kita" kerana mereka tiada apa-apa faedah atau kepentingan pon kepada kita.


(Oh aku lupa,
Mereka juga insan biasa,)

frasa ini mengingatkan kembali disamping (mengekalkan kritikan)  terhadap "mereka-yakni golongan  yang sepatutnya membantu golongan  yang menderita/masalah" bahawa  mereka ini juga hanya insan biasa sepertimana jiwa -jiwa manusia yang lain.

(Tidak punya mukjizat seperti musa,
Tidak maksum bagai nabi kita,)

mereka ini juga bukanlah seperti para aulia yang Allah kurniakan pelbagai kelebihan terutamanya kesabaran, iman yang tinggi dan juga kebijaksaan, dan mereka juga tidak lari dari melakukan khilaf dan kesilapan tidak sepertimana junjungan besar baginda  kita nabi محمد صلى الله عليه وسلم .


(Punya batasan cita,)

mereka juga mempunyai kebolehan yaang terbatas, atau apa yang mereka "cita" inginkan capaikan juga terbatas.

(Punya ketentuan dalam catatan Dia)

merek juga  punya jalaanan yang telah tersembat indah dalam "catatan dia"- lauh mahfuz.


(Kita ,)
merujuk kepada kedua-dua golongan 
 
(Seharusnya bersua,)

mereka (kedua-dua golongan ) seharusnya berdepan, mencari penyelesaian, 

(Luah segala siksa,)

penderita seharusnya meluahkan segala siksa/ penderitaan,

(Capai segala kata,)
agar mencapai segala"kata" yakni apa yang dicanang-canangkan.

(Bantu sesama kita,)
supaya dapat membantu sesama kita,

(Tinggalkan segala dusta,
Agar capai bahagia,)

(Bahagia hingga dunia tiada erti kata!
Hingga capai segala cita,
Musuh pasti derita!)



No comments:

Post a Comment